Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Solawat dan salam keatas Junjungan kita Muhammad s.a.w.
Kita semua bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan kita bersaksi bahawa MUHAMMAD adalah pesuruhNya.
Maaf saya pohonkan kepada pelawat-pelawat yang singgah ke laman ini samada secara langsung atau tidak dan apabila mendapati ianya bertentangan dengan apa yang mereka amalkan selama ini, janganlah terus membuat keputusan, kerana tidak adil kiranya meletakkan tuduhan melulu sebelum dikaji selidik. Ingatlah bahawa ilmu Allah terlalu luas.

DIANTARA SYARI'AT ALLAH DAN IBADAH WARISAN
Syari'at itu hanya datang dariMu dan kepunyaanMu ya Allah!. Sesungguhnya manusia samasekali tidak layak mengadakan syari'at sebandingMu.
Ya Allah, IslamMu adalah sempurna. Kesempurnaan islam telah sedia kami maklum sebelum lagi wafat RasulMu, Muhammad s.a.w., sebagaimana firmanMu yang berarti: -
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu akan agama kamu Dan telah Aku cukupkan bagi kamu akan nikmatKu Dan telah Aku redha bagi kamu Islam sebagai Agamamu" ( Al-Maidah 3 )
Islam telah mula menjadi keruh, terpalit dan ditokoktambah setelah wafat Rasulullah s.a.w. sehingga muncul berbagai ibadah berbentuk islam dari mereka yang ingin mencari kedudukan dan kepentingan. Termasuk juga dari para Ulama dan para Imam mutaakhirin.
Ya! Rab, kami akan sentiasa mengingati akan ucapan Rasulullah yang berarti:
"Perkara yang paling aku takuti berlaku ke atas umatku akan datang, dimana mereka berbuat apabila melihat orang ramai berbuat demikian" (H.R. Muslim )
Ya Allah, bimbinglah kami kepada Sunnah yang sebenar sebagaimana digambarkan oleh RasulMu Muhammad s.a.w.

Kembalikan kami kepada Madrasah Rasulullah s.a.w. agar sekurang-kurang sebaris amal para salafus-solihin.
Ketuklah hati kami dan hadapkanlah wajah kami ke pintu SunnahMu.

Pemakaian Qaidah-Qaidah Fiqhiyyah:
Para ulama telah sepakat menentukan qaidah-qaidah fiqhiyyah dengan bersandarkan kepada ayat-ayat Alquran dan Hadith-Hadith sohih Rasulullah s.a.w.
Diantara Qaidah-Qaidah itu adalah seperti berikut:
o Hukum asal pada tiap-tiap benda, adalah Halal.
o Hukum asal pada tiap-tiap "Ibadah", adalah Haram dilakukan.
o Hal yang boleh jadi "begitu" atau "begini" tidak dapat diguna sebagai alasan.
o Menetapkan sesuatu yang pada asalnya tiada, hendaklah dibuktikan dengan dalil.
o Sesuatu yang sudah yaqin, tidak boleh dikalahkan dengan yang ragu.
Berbicara tentang sedikit Ibadah harian yang ingin kami titikberatkan:
Setiap Ibadah pada asalnya adalah Haram dilakukan.
Ia menjadi halal setelah datangnya perintah dari Allah s.w.t. melalui RasulNya sebagaimana ayat-ayat termaktub didalam Al-Quran dan juga dibantu dari Hadith-Hadith muktabar.
RUKUN ISLAM:
Kesemua rukun Islam yang lima ada Sah dan ada Batalnya. Sebagai umat Islam, pasti sudahbiasa mengetahuinya. Jika belum, tuntutlah dengan mereka yang lebih tahu dari kami.
PEMBATALAN RUKUN:
Syahadah: Contoh - Apabila dengan senghaja menghina, mempersenda Islam atau dengan senghaja menolak perintah dan arahan Allah Swt.
Sholat: Contoh - Berkata-kata dengan senghaja samada lafaz itu dalam bahasa malaysia, arab atau dalam bahasa apapun yang tidak disyari'atkan atau menambah ayat-ayat dan bacaan yang tidak pernah dicontohi bacaannya oleh Rasulullah s.a.w. atau meninggal solat dengan senghaja.
Puasa: Contoh - Ingkar berpuasa dengan senghaja.
Zakat/Fithrah: Contoh - Dengan senghaja ingkar membayar zakat.
Haji: Contoh - Apabila cukup syarat, tetapi senghaja tidak mahu berbuat demikian.

Hati-hati dengan perkara baharu (Bida'ah). Kerana perkataan "Kullu" yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. merangkumi semua perkara baharu (dalam ibadah). "Semua bida'ah adalah sesat dan semua kesesatan di neraka" Ini sudah pasti tidak akan ujud pembahagian
"Bida'ah Hasanah" atau sebaliknya. Kecuali perkara-perkara dunia.

Ya Rabbi! Telah kerapkali diselidiki amal ibadah dari para pelaku dan didapati banyak perkara-perkara yang tidak disyari'atkan telah dicampur-aduk. Secara sedar atau tidak kita telah beramal dengan hadith-hadith palsu, ada juga yang beramal dengan kata-kata ulama sebagai bacaan didalam solat. Pun begitu memang tidak dinafikan ada juga hadith sohih yang diamalkan tetapi ia bertentangan pula dengan ayat Al-Quran. Sebagai contoh pada perkara bilangan ke 10 dibawah, yang digunapakai untuk mengganti Puasa dan Haji bagi mereka (arwah) yang ketinggalan dan tidak sempat berbuat didalam masa hidupnya. Perhatikan ayat ayat berikut:
" Dan sesungguhnya tiada perolehi apa-apa manusia itu, melainkan apa yang diusahakan (lakukan) sendiri " ( An Najm 39 )
" Dan tidak akan dapat seseorang tukang pikul untuk memikul dosa orang lain" ( An Najm 38 )
" Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang diusahakan. Tidak ada orang yang dirugikan pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat perhitunganNya" ( Al-Mukmin 17 )
" Tidaklah kamu diberi ganjaran, melainkan dengan apa yang dahulu kamu kerjakan " ( An-Naml 90 )
" Dan kamu tidak akan diberi ganjaran (pahala), kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan " ( Yaa Sin 54 )
"Apabila dikatakan kepada mereka, ikutilah apa yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul. Mereka menjawab "cukuplah bagi kami apa yang telah kami perolehi dari bapa-bapa kami". Walaupun bapa-bapa mereka tidak pernah mengetahui dan tidak pula mendapat petunjuk "( Al-Maidah 104 )

Terlalu banyak perkara-perkara baharu yang diadakan oleh ulama-ulama dan para imam seolah-olah berbentuk syari'at. Arti Hadith dari Rasulullah s.a.w:
"Barangsiapa berbuat sesuatu amal yang bukan dari kami, maka ia tertolak" (HSR Muslim).
Perkara-perkara baharu dalam Sholat:
1. Melafaz niat "Ushalli"
2. Istidhlar dan muqaranah dengan niat qasad, ta'ridh, ta'yin didalam TakbiratulIhram.
3. Membaca "Subhana man la yasyhu wala yanamu" sebelum sujud sahwi.
4. Meletakkan sunnat muaqad pada do'a Qunut.
5. Membaca do'a Qunut pada sholat subuh.
6. Menambah perkataan "Wabihamdih" didalam rukuk dan sujud.
7. Menambah perkataan "Saidina" pada solawat didalam Tahiyyat.
8. Mengusap kepala dan muka selepas memberi salam.
9. Berwirid beramai-ramai dan mengaminkan do'a imam selepas sholat.
10. Terdapat banyak lagi dilain-lain ibadat yang akan dipaparkan satu-persatu.
11. Berbagai lagi didalam dan diluar solat.

1. Kenapa ada lafaz Ushalli. |
2. Kenapa meletak niat (Qasad,Ta'ridh Ta'yin) didalam Takbiratulihram. |
3. Kenapa ada bacaan "Subhana man la yasyhu wala yanamu" sebelum sujud sahwi.
|
4. Kenapa qunut subuh menjadi sunat muaqad. |
5. Kenapa hadith qunut yang lemah dibaca pada solat subuh. |
6. Kenapa mengusap kepala dan muka selepas salam.
|
7. Kenapa berwirid beramai-ramai selepas selesai solat .
|
8. Kenapa do'a azan juga dibaca selepas Iqomat. |
9. Kenapa ada Tahlil kematian
|
10. Kenapa Talqin diamalkan
|
DIMANAKAH DALIL DAN KETERANGANNYA? APAKAH LAYAK KITA BERAMAL DENGAN HADITH-HADITH LEMAH ATAU PALSU? SEDANGKAN IBADAH YANG TELAH DICONTOHI OLEH JUNJUNGAN KITA RASULULLAH S.A.W SUDAH CUKUP SEMPURNA. MASIH ADAKAH SYARI'AT LAIN YANG DIPERLUKAN?
(Wajib berpegang kepada "SUNNAH RASUL" BUKAN "Sunnah Ulama")
"Apabila kamu dapati Hadith yang lebih baik, campaklah Hadithku ini" (Imam Asyafie)

PESANAN RASULULLAH S.A.W: "SOLATLAH KAMU SEBAGAIMANA KAMU MELIHAT AKU SOLAT"
1. Kebanyakkan ulama tahu bahawa talafuz niat "Usalli" bukanlah dari syari'at, sebab tidak pernah diucapkan oleh junjungan kita Muhammad s.a.w. dan para sahabat juga tidak pernah terjumpa hadith sohih mengenainya, kecuali sebuah hadith palsu dari Palembang, Indonesia yang juga pernah dicetak di Pulau Pinang. Alangkah beraninya mereka berbohong diatas nama Allah dan Rasul. Pun begitu, masih ada yang mengamalkannya = beribadat ( syari'at campur palsu) didalam sunnah Rasul yang suci.
Mereka beralasan bahawan lafaz itu dengan lidah yang boleh membantu hati. Perlu kita ketahui, bahawa dengan demikian, makin menyusahkan pelaku.
Imam An-Nawawi (Imam besar dari Mazhab Shafie) didalam kitabnya Al-azkar mengatakan "Takbiratul-Ihram" tidak mempunyai "harakat"
Kiranya begitu,bagaimana pula untuk memasukan Qasad, Ta'ridh dan Ta'yin yang ayatnya begitu panjang.
Didalam "Tarseh" satu dari kitab-kitab Mazhab Shafie, satu perkataan yang dipindahkan dari Al-Bahjah yang bunyinya: " Sesungguhnya tidak ada diriwayatkan dari RasulAllah s.a.w. yang ia pernah ulang-ulangkan takbirnya dan tidak pula ada lafaz usolli dan seterusnya. Sesungguhnya Allah telah wajibkan kita menuruti RasulAllah tentang perbuatan dan perkataannya"

2. Kebanyakkan ulama dan para abid meletakkan niatnya didalam takbiratul-ihram, bermula dari Alif untuk sebutan Allah dan berakhir pada sebutan Akbar. Didalamnyalah letaknya Qasad, Ta'aridh dan Ta'yin. Contoh niat yang diajar "Sahaja aku solat zuhur, empat raka'at makmuman kerana Allah Ta'ala" (lintasan dengan hati). Ralat - Mulut menyebut perkataan "Allahu Akbar" diihati - "Sahaja aku solat zuhur, empat raka'at, makmuman, kerana Allah Ta'ala".
Aksi ini menunjukkan - Lain diucapkan dimulut dan Lain pula dihati. Makna Allahu Akbar (Allah Yang Maha Besar) hilang dan tidak mengundang dihati.
Niat adalah peranan dan lintasan hati. Hati juga dikatakan "Fikiran". Lintasan hati akan mendahului segala geraklaku dan perbuatan. Segala ucapan atau kata-kata juga digerakkan oleh hati. Ini bermakna solat yang akan dilangsungkan nanti telahpun sedia hadir dihati sebelum atau sewaktu berwudhu lagi. Itulah yang dikatakan Niat dan niat itu adalah Fikiran, fikiran mengetahui apa yang akan kita lakukan.
Jika ditanya kepada sebahagian Ulama atau Ustaz, mereka akan menjawab bahawa "ucapan dengan lidah akan menolong hati.". Kita katakan "Oh mustahil". Alasan itu bukan dari agama, kerana ia tidak pernah diucapkan oleh Nabi dan para sahabat. Bagi seorang yang waras, tidak akan keluar apa-apa perkataan melainkan digerak oleh hati dan fikiran. Kesimpulannya - Hatilah yang menolong lidah.

3. Tidak pernah terjumpa hadith yang menerangkan bacaan "subhana man la yasyhu wala yanamu" itu dibaca sebelum "sujud sahwi" melainkan perkataan dari mimpi seorang ulama tasawuf sahaja. Sesuatu yang ragu yang bukannya dari hadith, lebih baik ditinggalkan, kerana berkata-kata dengan senghaja itu, boleh membatalkan solat.
4. Kenapa perletakan qunut subuh sebagai sunat muaqad, sedangkan hadith-hadith qunut itu sendiri diragu kesahihannya. Beberapa hadith yang menerangkan tentang adanya qunut dan setelah diperiksa nama-nama perawinya ada yang tidak dikenali oleh ulama hadith, ada hadith yang terdapat didalamnya nama-nama seperti Amr bin Ubaid - kepala mazhab Qadariah, Abdullah bin Said Al-Maqbarie, Abdur Rahman Hirmaz dan Ja'afar Ar-Razi tukang pemalsu hadith - (Ittifaq ulama Ahlul Hadith). Ia juga telah dilemahkan oleh Sheikhul Islam - Imam Ibnu Taimiyah dan An-nasai sendiri tidak mengaku meriwayatkannya. Sementara Hadith dari Imam Hakim telah dilemahkan oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani.
Qunut yang pernah dikerjakan oleh RasulAllah selama sebulan itu ialah Qunut Nazilah dibaca dalam keadaan dhorurah disetiap solat waktu (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya') memohon kepada Allah supaya dijatuhkan bala kepada satu kaum yang telah membunuh 40 sahabatnya dan mohon memberi petunjuk kepada satu kaum yang lainnya.

5. Qunut subuh menjadi perselisihan ulama. Walau bagaimanapun, qunut dalam solat sebagaimana yang kita lihat dan dibaca pada hari ini, memang tidak dibuat oleh Rasulullah dan para sahabat. Perhatikan maksud hadith-hadith dibawah ini:
Telah berkata Anas: "Bahawa Nabi s.a.w. pernah berqunut selama sebulan selepas terbunuh sahabat-sahabat yang hafiz Al-Quran dan saya tidak pernah lihat samasekali beliau berdukacita melebihi dari itu" (HSR Bukhari)
Telah berkata Anas: "Bahawa Nabi s.a.w. pernah berqunut selama sebulan yaitu beliau mendoakan kecelakaan atas puak dari bangsa Arab, kemudian ditinggalkannya" (HSR Ahmad & Muslim)
Telah berkata Ibnu Abbas: "Rasulullah s.a.w. pernah berqunut selama sebulan berturut-turut, pada solat Zuhur, A'sar, Maghrib, Isya dan Subuh diakhir tiap-tiap solat selepas I'tidal diraka'at akhir mendo'akan kecelakaan atas puak-puak dari Bani Salam yaitu R'il dan Zaqwan, Ushaiyah dan diaminkan oleh makmun dibelakangnya" (HSR Abu Daud dan Ahmad)
Telah berkata Abu Malik Al-Asyja'ie kepada ayahnya : "Wahai ayahanda, bahawa ayah pernah bersolat dibelakang Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar, Usman dan 'Ali di Negeri Kufah ini kira-kira lima tahun. Adakah mereka itu berdo'a Qunut pada solat Subuh? Ia menjawab, "Hai anakku, perbuatan itu adalah bida'ah" (HSR Tarmuzi, Nasaie dan Ibnu Majah)
Telah berkata Abu Hurairah: "Bahawa Nabi s.a.w. tidak pernah berqunut pada sembahyang Subuh melainkan apabila ia mendo'akan kebaikan atas satu kaum dan kecelakaan atas satu kaum" (HR Sa'ied Manshur)
Telah berkata Syu'bie: "Ketika 'Ali berqunut pada solat Subuh, menegurlah akan yang sedemikian itu oleh orang ramai. maka 'Ali berkata "Sesungguhnya tidak lain, melainkan kami hanya mohon pertolongan Allah buat mencelakakan musuh kami" (R Sa'ied Manshur)

6. Kenapa mengusap kepala dan muka selepas salam disetiap solat. Pernahkah terjumpa hadithnya? Ya, memang ada, tetapi bukan dari RasulAllah. Oleh itu, lebih baik kita tawaqufkan. Perkataan ulama sekali-kali tidak akan diterima kecuali ada dalil syari'at. Inilah salah satu perkara yang ditakuti oleh RasulAllah sepertimana hadithnya diatas. Berbuat apabila melihat orang ramai buat.
7. Tiada contoh dari Rasulullah dan para sahabat. Rasulullah selepas salam, ia terus berdiri berbuat solat sunat atau kadangkala ia bangun sama ada melangkah ke kanan atau ke kiri meninggal jemaah. Para sahabat mengerjakan solat sunat dan wirid masing-masing.
8. RasulAllah mengajar kita apabila selesai AZAN, hendaklah kamu membaca "Allahumma Rabba haazihid-da'watit-taammah (hingga akhir). Tetapi tidak pula disebut selepas QOMAT. Lagi berbuat apabila melihat orang ramai berbuat demikian.
9. Tahlil kematian bukanlah syari'at. Tidak terdapat dalil Rasulullah dan para sahabat ada berbuat demikian.
Berkata sahabat - Jarier bin Abdullah Al-Bajli: "Adalah kami menganggap, bahawa berkumpul-kumpul dirumah ahli mayat dan membuat makanan sesudah ditanam mayat itu, setengah dari meratap" (Sanad dari riwayat adalah sohih)
Berkata Abdullah bin Ja'afar: "Tatkala datang khabar bahawa Ja'afar telah terbunuh, bersabda Nabi s.a.w. "Buatlah makanan untuk ahli rumah Ja'afar, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka (keluarga Ja'afar) satu perkara yang mendukacitakan mereka" (HSR Assyafie dan Ahmad)
Nabi s.a.w. menyuruh orang lain memberi makanan kepada keluarga simati, bukannya keluarga simati yang menyediakan makanan untuk orang ramai.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya. Kecuali tiga perkara: Sadaqah jariah, Ilmu yang manfa'at dan Anak yang solih yang mendo'akan dia" (HSR Abu Daud)

10. Talqin bermaksud mengajar orang yang telah mati. Perkara ini tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Tidak terdapat dalil-dalil yang menunjukkan Islam ada memerintah berbuat demikian.Adalah amat memalukan membuat perkara yang bertentangan dengan ayat-ayat Allah sebagaimana FirmanNya:
Artinya: "Tidak diterima taubat orang yang berbuat kejahatan hingga apabila hampir diambang maut baru ia berkata sekarang aku bertaubat" (An-Nisa 17)

"Sesungguhnya engkau tidak akan didengari oleh orang-orang yang telah mati" (An-Naml 80)
"Dan bukanlah engkau orang yang boleh buat kedengaran bagi orang-orang didalam kubur" (Fathir 22)
Menurut Sunnah, apabila mayat selesai dikebumi, kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri dan bersabda kepada yang hadir disitu yang berarti:- " Mintakanlah ampun akan saudara kamu ini dan mintakanlah Allah memberi keteguhan baginya, kerana sekarang ia sedang diperiksa " (HSR Abu Daud)
Mengapakah kita kerjakan apa yang tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dengan meninggalkan apa yang telah dicontohi olehnya. Bukankah kita ini umat Muhammad s.a.w.?
IMAM BUKHARI TELAH MENOLAK LEBIH DARI 6000 HADITH YANG DIRAGUI KESAHIHANNYA. TETAPI HADITH-HADIT INI MASIH DIGUNA PAKAI DIDALAM IBADAH YANG WAJIB.
IMAM AS-SYAFIE PERNAH BERKATA: "APABILA KAMU DAPATI ADA HADITH YANG LEBIH BAIK DARI HADITHKU INI, MAKA CAMPAKKANLAH HADITH KU INI"
(Lihatlah Qaul Jadid As-Syafie)
PUN BEGITU, MASIH JUGA TIDAK MAHU MENGENALI KEBENARAN.

"Apabila dikatakan kepada mereka, ikutilah apa yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada Rasul. Mereka menjawab "cukuplah bagi kami apa yang telah kami perolehi dari bapa-bapa kami, walaupun bapa-bapa mereka tidak pernah mengetahui dan tidak pula mendapat petunjuk " ( Al-Maidah 104 )
PERSELISIHAN PENDAPAT (KHILAFIAH):
Kalau ditanya kepada mereka - para ulama atau para imam, mereka akan memberi jawapan bahawa perkara-perkara itu adalah Perselisihan pendapat (khilafiah) sahaja. Perlu diingat, khilafiah berlaku dikalangan ulama, apabila ada dalil atau nas. Perbezaan pendapat dikalangan merekalah yang dikatakan (Khilafiah). Jika langsung tidak ada dalil, tidak dinamakan khilafian.
Hukum atau Rukun Allah tidak pernah berselisih. Yang berselisih itu adalah manusia, yakni pendapat Para Ulama dan Para Imam itu sendiri.

--------------------> Pewaris Nabi