Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Solawat dan salam keatas Junjungan Besar Muhammad s.a.w. Salam sejahtera keatas tuan-tuan dan puan-puan kaum muslimin/muslimat sekalian. Tulisan saya ini tidak samasekali memaksa anda berbuat apa yang kami amalkan, tetapi meminta anda sekelian berfikir tentang kebenaran syari'at yang mulia lagi suci ini.
WUDUK
Seringkali apabila bakal haji yang terpilih untuk menunaikan haji, mereka akan mengikuti kursus cara-cara mengerja haji, rukun-rukun haji dan wajib haji. Apabila sampai tentang wuduk, para ustaz atau ustazah akan memberitahu bahawa disana (Makkah), kita dalam keadaan musaqqah, kalau bersentuh lelaki dan perempuan, wuduk tidak batal. Pun begitu ada juga ustaz atau ustazah meminta kita bertaqlid kepada Imam Hanafi supaya apabila bersentuh tidak akan batal wuduk.
Kita hendak bertanya, apakah Allah dan Rasul tidak sedia maklum bahawa akan datang kepada umatnya, apabila datang mengerjakan haji, mereka berada didalam keadaan musaqqah? Mengerjakan Haji (Rukun Islam kelima) itu musaqqah? dan bertaqlid kepada seseorang Imam itu dibolehkan?

Firman Allah yang maksudnya " Janganlah engkau turuti apa yang tidak engkau ketahui " (Bani Israel ayat 36)
Bukan sahaja Allah yang melarang bahkan Imam-Imam yang empat juga melarang bertaqlid kepadanya. " Jangan bertaqlid kepadaku, tidak kepada Maliki dan tidak kepada Syafie " (Imam Ahmad Hambal)
Begitu juga dengan Qias. Kesemua Imam sepakat tidak ada qias didalam agama.
" Tidak ada Qias didalam Agama " (dari Imam Syafie)

BATALKAH WUDUK BILA BERSENTUH DENGAN PEREMPUAN?
Firman Allah s.w.t. "Au laamastumun-nisaa-a, falam tajiduu maa a fatayammamuu" yang bermaksud " Atau kamu bersentuhan dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka tayammumlah......" (An-Nisa' ayat 42)
Apakah yang dimaksud dengan " Laamasa " (Mulaamasatun) dalam ayat diatas?
Kaum Salaf berselisih pendapat mengenai apa yang dimaksud dengan kata " Laa Masa " dalam firman Allah s.w.t. " Au laa mastumun-nisaa-a ".
Ali ibnu Abbas dan Al-Hassan berpendapat bahawa yang dimaksudkan dengan " Laa masa " ialah "Menyetubuhi" Ini adalah pegangan mazhab Hanafi. Sementara Ibnu Mas'ud, Ibnu Umar dan Asy-Sya'bi berpendapat yang dimaksud dengan "Laa masa" ialah menyentuh dengan tangan. Inilah pendapat mazhab Syafie.
Ibnu Jarir Ath-Thabari berkata " Dari kedua pendapat tersebut, yang terdekat kepada kebenaran ialah dengan perkataan bahawa Allah memaksudkan dengan perkataan "Laa masa" didalam firmanNya "Au laa mastumun-nisa" ialah "Persetubuhan", bukan dengan makna-makna yang lain yang dikandung dengan ayat "Laa masa" bersesuaian dengan Hadith Sahih yang diriwayatkan dari Rasul-Allah s.a.w., bahawa beliau mencium salah seorang isterinya, kemudian beliau terus bersolat tanpa mengenakan wuduk lagi.
Diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawasanya ia berkata: " Rasulullah pernah berwuduk, kemudian mencium salah seorang isterinya, lalu ia terus bersolat "
Dari Aisyah r.a. bahawasanya " Rasulullah s.a.w. mencium salah seorang isterinya, kemudian pergi untuk bersolat tanpa mengenakan wuduk lagi " Urwah berkata: " Aku mengatakan kepada Aisyah: " Siapa lagi yang dicium Rasul-Allah, kalau bukan anda. Aisyah tertawa " (Tafsir Ath-Thabari, Jilid 5 halaman 105)

Gambar hiasan sahaja.
Sebahagian dari Ulama Mufassirin berkata, bahawa perkataan "Laa masa" itu, apabila berhubungan dengan perempuan, tidak boleh diartikan bersentuhan, tetapi harus diartikan jimak (bersetubuh). Ini contohnya " Hua laamasa imra-atuhu" artinya: " Dia mempersetubuhi isterinya" Tidak boleh diartikan sebagai kata asal, tetapi harus diartikan dengan arti majaz.
Asy-Syafie berpendapat bahawa menyentuh perempuan membatalkan wuduk samada sentuhan itu dengan syahwat atau tidak.
Malik berpendapat menyentuh perempuan dengan syahwat membatalkan wuduk, jika tidak dengan syahwat tidak membatalkan wuduk.
Abu Hanifah berpedapat bahawa menyentuh perempuan tidak membatalkan wuduk, baik sentuhan itu dengan syahwat atau tidak.

Hujah Mazhab Hanafi: Tidak batal wuduk menyentuh perempuan bersandarkan Hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a. " Pada suatu malam yang gelap mencari Nabi tidak ada disebelahnya. " Maka tanganku mengenai (menyentuh) tapak kaki Nabi yang waktu itu sedang sujud dan Nabi terus bersolat "
Didalam Kitab Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Rusyd berkata: "Sebab ikhtilaf yang terjadi dalam masaalah ini ialah terkandung dua makna dalam perkataan " Laa masa ". Orang Arab terkadang mengenakan secara mutlak kata " Laa masa " untuk makna menyentuh dengan tangan dan terkadang mereka memakai perkataan ini sebagai kata sindiran untuk makna "bersetubuh".
Segulungan Ulama berpendapat bahawa sentuhan yang mewajibkan bersuci dalam firman Allah "Au laa mastumun-nisa" ialah sentuhan dalam arti "Persetubuhan".
Menurut pendapatnya lagi, Apa yang kami yakini sekalipun perkataan "Laa masa" itu menunjuk kepada dua makna, namun, menurut hemat fikiran kami, kata itu lebih menonjol bagi makna "bersetubuh" sekalipun makna ini kiasan (sebagai kata sindiran)
Pendapat Ibnu Rusyd inilah yang lebih mantap, sebab perkataan "Massa" (sentuh) jika diketemukan dengan perkataan "An-nisa" (perempuan), maka kata "massa" (sentuh) itu akan menjadi makna "bersetubuh" sebagaimana perkataan "wath-un" bermakna "berjalan kaki", akan tetapi bila kata "wath-un" diketemukan dengan perkataan "An-nisa" (perempuan) maka tiada pengertian lain kecuali "bersetubuh".

SAYED SABIQ - FIQAH SUNNAH
Berkata Aisyah r.a. " Aku tidur dihadapan Nabi s.a.w., sedang kakiku diarah kiblatnya, Maka bila ia sujud dirabanya aku dan dipegang kakiku ". Menurut suatu riwayat, kalimat itu berbunyi sebagai berikut: " Maka bila ia hendak sujud, dirabanya kakiku " (Disepakati Ahli Hadith)
Dari Aisyah r.a. " Bahawa Rasulullah menciumnya sedang beliau berpuasa ". Kemudian berkata Nabi " Ciuman ini tidaklah merosak wuduk dan tidak pula membatalkan puasa " (Hadith dari Ishaq bin Rahawaih, Al-Bazar dengan sanad yang baik). Menurut Abdul Haq, tidak ada cacat untuk mengamalkannya.
AL-FADHIL SHEIKH FAISAL ABDUL AZIZ AL-MUBARAK (QADHI AL-JAUF) - NAILUL AUTHAR
Dari Ibrahim At-Taimi, dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah mencium salah seorang isterinya, kemudian ia terus mengerjakan solat dan tidak berwuduk lagi. (Hadith Abu Dawud dan An-Nasa'i) Abu Dawud berkata: Hadith ini Mursal, sebab Ibrahim At-Taimi tidak mendengar sendiri dari Aisyah r.a. Tetapi An-Nasa'i berkata: Didalam bab ini tidak ada yang sebaik Hadith ini, meskipun ia mursal.
Dari Aisyah r.a. ia berkata " Kalau Rasulullah s.a.w. sedang solat, sedangkan aku tidur melintang dihadapannya sebagaimana melintangnya jenazah, sehingga apabila ia bermaksud mengerjakan solat witir, maka ia menyentuhku dengan kakinya " (Hadith dari An-Nasai)
Mushannif berkata: " Pendapat yang paling moderat diantara Hadith-Hadith tersebut, adalah pendapat yang menyatakan bahawa menyentuh perempuan tidak membatalkan wuduk, kecuali dengan syahwat "
Dari Ibnu Abbas tentang firman Allah "Au laa mastumunnisaa'a" itu, Ibnu Abbas berkata: "Yang dimaksud adalah bersetubuh (jima'). Allah adalah Zat yang Maha Mulia, sehingga IA menggunakan kata sindiran (Kinayah)
CATATAN PENGARANG (SHEIKH ABDUL AZIZ):
Berdasarkan Hadith Aisyah, menyentuh dengan syahwat dipandang membatalkan wuduk itu hanyalah semata-mata pendapat. Maka kami berpendirian bahawa menyentuh perempuan itu tidak akan membatalkan wuduk baik dengan syahwat ataupun tidak.

RINGKASAN KETERANGAN DALAM BENTUK SOAL-JAWAB
S. Ayat 42 dari surah An-nisa yang berbunyi "aulaa mas tumun-nisaa" itu dengan jelas menunjukkan batal wuduk orang yang menyentuh wanita. Mengapakah sejumlah kaum muslimin-muslimat berkata tidak batal?
J. "Laamastum " yang tersebut diayat itu, mempunyai dua arti. Pertama arti haqiqi iaitu sentuh biasa. Kedua arti majazi iaitu sentuh dengan makna bersetubuh. menurut qaidah bahasa, terutama qaidah Usul-fiqh, bahawa tiap-tiap kalimah wajib dipakai atas arti haqiqinya, kecuali kalau ada sebab yang memalingkan dia kepada arti majazi.
S. Apakah alasan atau sebab maka kaum tuan mamakai "laamastum" itu dengan arti majazi?
J. Kerana beberapa alasan: Pertama riwayat dari Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mencium seorang dari isteri-isterinya, selepas itu terus bersolat. Ini berarti, bahawa menyentuh wanita itu tidak membatal wuduk.
S. Kata ahli hadith, riwayat itu lemah.
J. Riwayat itu diriwayatkan oleh Imam Syafei, katanya: Kalau sah riwayat itu, maka itulah jadi sandarannya. Kata Hafiz Ibnu Hajar yang bermazhab Syafei, bahawa khabar Rasulullah mencium isterinya lalu solat itu, diriwayatkan dengan 10 wajah (macam) dan kata ahli hadith, bahawa kerana banyak jalan riwayat-riwayatnya, maka satu dengan akan jadi penguat dan peneguh. Jadi riwayat itu sohih maknanya.
S. Ada Ulama berkata, bahawa Rasulullah dengan kita tidak sama. Rasulullah cium isterinya itu dengan tidak bernafsu. Berlainan dengan kita.
J. Ta'wil itu semata-mata ta'wil orang yang hendak mencari-cari jalan untuk menguatkan pendapatnya yang keliru. Tidak ada satupun riwayat yang menerangkan bahawa Nabi mencium dengan tidak bernafsu. Sekiranya betul Rasulullah cium dengan tidak bernafsu, maka hal ini tidak dapat menolong orang-orang yang bermazhab Syafei, kerana mereka membatalkan wuduk sama ada sentuhan dengan senghaja, sentuhan dengan lupa, sentuhan dengan nafsu dan sentuhan dengan tidak bernafsu.
Kalau nak beralasan dengan perkataan " Nabi tidak bernafsu ", maka perlu kita hadapkan satu pertanyaan: " apakah Nabi bercampur dengan isterinya juga dengan tidak bernafsu?
Apakah orang yang tidak bernafsu mempunyai 9 isteri?
Menurut Quraan dan Hadith, bahawa tentang sifat-sifat perangai manusia dengan Nabi kita, tidak berbeza dari sifat-sifat perangai manusia yang lain, cuma Nabi kita dapat wahyu dan terpelihara daripada dosa dan terpelihara daripada sifat gila dan sebagainya dan daripada sifat lupa tentang menyampaikan wahyu.
S. Terangkan lain-lain alasan.
J. Alasan kedua, riwayat dari Aisyah, katanya, bahawa Rasulullah pernah memicit kaki saya, sedang ia dalam solat supaya saya jauhkan kaki saya dari tempat sujudnya.
Alasan ketiga, riwayat dari Aisyah katanya, bahawa saya pernah bersentuh dua tapak kaki Rasulullah, sewaktu itu Rasulullah sedang sujud didalam Solat.
Ini semua menunjukkan, bahawa bersentuh dengan wanita itu tidak membatalkan wuduk.
S. Kata Ulama Syafei, bahawa kaki Aisyah dan kaki Rasulullah waktu bersentuh itu boleh jadi dengan bersarung iaitu bukan bersentuh kulit dengan kulit. Kerana itulah tidak batal.
J. Perkataan boleh jadi itu, tidak dapat dijadikan alasan. Kalau boleh jadi benar, ia boleh jadi juga tidak benar. Pada riwayat itu tidak diterangkan apa-apa. Ta'wil ini hanya untuk menguatkan satu kekeliruan yang sudah jadi pusaka. Juga pada riwayat itu Aisyah menyebut Rasulullah memicit kaki saya dan saya bersentuh tapak kaki Rasulullah.
Menurut asal, yang dikatakan kaki dan tapak kaki itu, ialah dengan tidak berlapis atau tidak bersarung, kecuali kalau ada keterangan yang menunjukkan bahawa pada waktu itu bersarung.
S. Terangkan lain alasan.
J. Alasan keempat. riwayat dari Ummu Salamah, katanya bahawa Rasulullah pernah mencium saya diwaktu puasa. Sesudah itu Rasulullah tidak batalkan puasa dan tidak berwuduk. Ini menunjukkan bahawa bersentuh itu tidak membatalkan wuduk.
S. Terangkan lagi lain-lain alasan.
J. Alasan kelima. Pada ayat tadi - " Lamastumun-nisaa " artinya menyentuh wanita. Kalau bersentuh batal, tentulah bersentuh dengan ibu, saudara, anak dan lain-lain mahram juga akan batal. Padahal pengikut Syafei berkata bersentuh dengan mahram tidak batal. Apakah mereka bukan wanita? Mengapa dipisahkan antara mahram dan wanita dan apakah alasan dari Quraan dan Hadith?
S. Adakah Ulama yang bersetuju dengan pendapat ini tentang tidak batal wuduk kerana menyentuh wanita?
J. Yang berkata tidak batal wuduk kerana menyentuh wanita ialah Ibnu Abbas, Ali, Hassan, Mujahid, Qataadah, Abu Hanifah, Ibnu Jarier dan lain-lain.
Qaidah fiqh: Rukun dan syarat yang terkemudian tidak boleh digunapakai bagi rukun dan syarat yang terdahulu atau sebaliknya. Maksud: Bab nikah kahwin tidak boleh digunapakai untuk dimasukkan didalam bab wuduk. Bab wuduk telahpun sempurna terlebih awal sedangkan Mahram dalam bab Nikah kahwin adalah terkemudian. Mahram tertumpu kepada orang-orang yang haram kita kahwini. Sedangkan wanita (perempuan) didalam bab wuduk adalah umum (menyeluruh).