Bukanlah pewaris Nabi apabila seseorang ulama itu beramal dengan apa yang tidak pernah dipusakai dan dicontohi oleh Rasulullah s.a.w, melainkan perkara-perkara dunia yang diharuskan.
Ketika di Arafah pada Haji Wada'. beliau berkhutbah dihadapan kurang-lebih 114,000 para jama'ah haji. Sebahagian dari khutbahnya beliau bersabda "Wahai manusia!! Sesungguhnya telah aku sampaikan kepada kamu, dan sesungguhnya aku telah tinggalkan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu berpegang teguh kepadanya, pasti kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu perkara yang jelas lagi nyata, Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Nabinya"
Sabda Rasulullah s.a.w. "Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh dengan keduanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabinya" (H.R. Ibnu Abdil Bar)
MASIH ADAKAH ULAMA PEWARIS NABI?
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Para Ulama itu adalah pewaris Nabi-Nabi" (H.R. Ibnun Najjar dari Anas r.a)
"Para Ulama itu adalah sebagai pelita (obor) dipermukaan bumi ini sebagai pengganti para Nabi dan saya (Muhammad) juga sebagai pewaris para Nabi" (H.R. Ibnu 'Ady dari Saidina Ali r.a)
Sudah menjadi kebiasaan kepada kebanyakkan manusia, apabila seseorang tampil kehadapan memberi ceramah-ceramah atau kuliah-kuliah agama, beliau akhirnya akan dikenali sebagai seorang ulama. Tidak mengira sangat apakah kelulusan dan dalam bidang apakah pengajian yang mereka perolehi. Hatta imam-imam kampung sekalipun yang pernah berkhutbah dan memberi kuliah, ada juga dikalangan masyarakat yang menggelar mereka ini sebagai ulama. Bergelar ulama, mereka ini mungkin dianggap setaraf dengan para ulama yang memang berkelulusan tinggi yang meliputi semua bidang Islam termasuk Syari'at, Hadith, Tafsir, Usuluddin, Muamalat, Tasauf, Kebudayaan dan lain-lain.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan mereka (Ulama) sangat-sangat dikehendaki dan dihargai demi ketinggian Islam itu sendiri. Pendek kata, mereka ini (Ulama) perlu dihormati, seperti hormat anak kepada kedua ibu-bapa mereka.
SIAPAKAH PEWARIS NABI DAN APAKAH PERANAN MEREKA
"Aku dibangkitkan untuk menyempurnakan Akhlak Yang Mulia"
Apabila Aisyah R.A ditanya "Bagaimanakah contoh akhlak Rasulullah s.a.w, beliau menjawab "Al-Quraan itu adalah akhlaknya" Ini bermaksud segala bentuk perintah, arahan, anjuran, peraturan dan larangan yang terkandung didalam Kitab Suci Allah (Al-Quraan) telah sempurna diduplikasikan kedalam peribadi hidupnya.
Ulama sebagai pewaris Nabi tentu sekali memiliki akhlak yang baik dan mulia sama ada tingkah laku peribadinya, pergaulannya dan tuturkatanya.

Ulama sebagai Da'i. Tugas menyebarkan Islam adalah menjadi tanggungjawab seseorang Ulama dalam apa keadaan sekalipun.
Walaupun keperluan dakwah tertanggung keatas semua umat Islam, namun dibab ini kita hanya berbicara tentang peranan para ulama dengan ilmunya.
FIRMAN ALLAH S.W.T.
FIRMAN ALLAH S.W.T.
"Dan jadilah antara kalian ummat yang mereka menyeru kepada kebaikan (Islam) dan mereka menyuruh berbuat kebaikan dan mereka mencegah dari perkara yang mungkar Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung" (Al-Imran 104)
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Diantara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik" (Al-Imran 110)
"Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebagian dari setiap golongan diantara mereka tidak pergi untuk memperdalamkan pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya" (At-Taubah 122)

Ulama sebagai pemimpin Rohani Umat
Sebagaimana telah diketahui umum, dan telah nyata dalam bukti bahawa yang dinamakan manusia ialah bukan hanya jasmaninya sahaja tetapi ia terbentuk antara jasmani dan rohani. Bukan zahir sahaja tetapi terbentuk juga batin iaitu badan dan nyawa. Tiada jasmani maka tiada rohani. Disinilah letaknya tugas Ulama agar umat ini memahami serta mengabdikan diri didalam menjalankan kehidupan harian dengan penuh kejujuran, tanggungjawab dan saling menghormati sesama insan.

Ulama sebagai penyibar amanah Allah
Sebagai kewajipan dari Allah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia yang telah membuat persetujuan untuk menyampaikan seruan Islam. Sudah pasti tanggungjawab ini termasuklah Ulama. "Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, gunung-ganang semuanya menolak (enggan) untuk memikul amanah itu kerana bimbang akan mengkhianatinya. Dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu teramat zalim dan teramat bodoh" (Al-Ahzab 72)

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila menetapkan hukum diantara manusia supaya berlaku adil. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat" (An-Nisa 58)
"Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanah yang telah dipertaruhkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya" (Al-Baqarah 283)
"Maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanah yang telah dipertaruhkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya" (Al-Baqarah 283)
"Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diberi kepercayaan kepada kamu sedangkan kamu mengetahuinya" (Al-Anfaal 27)
Sabda Rasulullah yang artinya: "Ulama itu adalah para pemegang amanah Allah atas segenap makhluqNya" (HR Al-Qudha'y dan Ibnu 'Asakir dari Anas r.a.)
Ulama sebagai Pembina dan Pembimbing Ummah
Sabda Rasulullah yang artinya: "Janganlah kamu semua duduk semajlis dengan sebarang Ulama, kecuali dengan Ulama yang mengajak dari lima perkara kepada lima perkara: iaitu dari yang ragu kepada keyaqinan, dari riya kepada keikhlasan, dari ketamakan kepada kesederhanaan, daripada takabur kepada rendah diri dan daripada permusuhan kepada kejujuran" (HR. Abu Nu'aim dari Jabir)
"Sesungguhnya Ulama dibumi ini adalah bagaikan bintang-bintang dilangit. Dengan dia umat ditunjukkan jika dalam kegelapan, baik didarat mahupun dilaut" (HR. Al-Ajuri dari Anas r.a.)
Kita lihat betapa sesama Ulama saling berselisihan pendapat. Ada yang melalui jalan yang lurus dan ada pula melalui cabang-cabang mengikut pendapat masing. Sekali lagi kita ingin katakan bahawa syari'at Allah tidak pernah dan tidak akan berselisihan samasekali. Yang berselisih itu ialah manusia atau Ulama itu sendiri dan enggan mengaku kesilapan.

Ulama sebagai Penegak Kebenaran
Untuk menegak kebenaran pada hari ini adalah sesuatu yang amat sukar diterima oleh rakyat kerana terdapat perselisihan yang banyak diantara ulama sesama ulama itu sendiri. Ada sebahagian Ulama yang benar-benar ingin menegakkan kebenaran dan ada sebahagian Ulama yang terpaksa mempertahankan kedudukan diri demi menjaga kedudukan pemerintahan.
Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As-Safie, Imam Ahmad Hambali dan Imam An-Nawawi di tangkap dan dikurung didalam tahanan kerana menolak jawatan didalam pemerintahan kerana gentar dengan ucapan-ucapan dan pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum ini yang akan menjadi penyebab dirinya tergelincir dari landasan dan kebenaran Islam.

Ada beberapa gulungan Ulama yang berpegang kepada prinsip masing-masing tertakluk kepada sejauh mana hubungan mereka dengan Allah s.w.t.
Ada Ulama yang menolak langsung sesuatu jawatan didalam pemerintahan dengan alasan tertentu.
Ada Ulama yang memang sedia menerima sesuatu jawatan didalam pemerintahan dan sanggup bermuka-muka.
Ada Ulama yang boleh menerima sesuatu jawatan didalam pemerintahan, tetapi dengan bersyarat.

Didalam perkara ini seseorang Ulama perlu berhati-hati, menyimpan perasaan ragu dan mempunyai sifat penasihat dalaman yang tersendiri.
1. Mereka khuatir kalau-kalau tidak dapat berlaku adil.
2. Mereka khuatir kalau-kalau dengan kuasa yang ada, mereka akan memperolehi harta dan kekayaan dari sumber yang shubhah yang tidak mendapat keredhaan Allah swt.
3. Mereka khuatir kalau-kalau mereka terpaksa atau dipaksa mencari alasan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal demi untuk menegakkan pemerintahan
Sebenarnya keraguan diatas adalah tertakluk kepada diri atau peribadi Ulama itu sendiri. Beliaulah yang lebih mengetahui dan mengenali diri sendiri.

CONTOH ULAMA YANG MIRIP PEWARIS NABI DEMI MENCARI KEREDHAAN ALLAH swt.
IMAM ABU HANIFAH atau nama asalnya Abu Nu'man bin Tsabit bin Zautha bin Mah yang dilahirkan di Kota Kufah pada tahun 80 Hijrah dari Qaum A'jam. Sewaktu berusia 50 tahun beliau telah ditangkap dan dipenjara selama kurang lebih 14 hari oleh Gabenor Iraq Yazid bin 'Amir sebagai Ketua Daerah Iraq dibawah pemerintahan Khalifah Bani Umayyah ke 14 bernama Marwan bin Muhammad (M 745 - 750).
Selepas 14 hari beliau dicambuk sebanyak 11 kali sehari selama 10 hari. Kesalahannya hanyalah kerana menolak tawaran sebagai Qadhi (Hakim) oleh Gabenor Kufah.
Selepas 14 hari beliau dicambuk sebanyak 11 kali sehari selama 10 hari. Kesalahannya hanyalah kerana menolak tawaran sebagai Qadhi (Hakim) oleh Gabenor Kufah.
IMAM MALIK, IMAM IBNU ABI DZIB DAN IMAM HANAFI pernah menolak tawaran sebagai Qadhi dizaman pemerintahan Khalifah Abbasyiah Abu Ja'afar bin Al-Mansur di Baghdad.
IMAM AS-SYAFIE DAN IMAM HAMBALI juga menolah tawaran sebagai Qadhi kerana beliau lebih senang menjalankan seruan dakwah dengan bebas dan tiada tekanan.
Didalam perkara ibadah, para imam mazhab ini amat teliti kalau-kalau beramal dengan Hadith-hadith yang bertentangan dengan Al-Quran, dhaif dan palsu.

LAYAKKAH (ULAMA) BERIKUT DILETAKKAN SEBAGAI PEWARIS NABI?
Huzaifah ibnul Yaman pernah bertanya kepada Rasulullah tentang kebaikan Islam selepas zamannya. Dimana Rasulullah bersabda tentang Penyeru-penyeru keambang neraka jahanam. Lalu Huzaifah meminta Rasulullah gambarkan bagaimana orangnya (yang dikatakan penyeru itu). Rasulullah menjawab yang ertinya: "Mereka itu sekulit dengan kamu dan bercakap sebagaimana lidah kamu". Mengikut pengertian para ulama "sekulit" berarti seagama dan "lidah" berarti bercakap mengenai Islam, Al-Quran dan Hadith.
Tidak hairanlah pada hari ini dimana-mana ada Perhimpunan atau Perjumpaan, ceramah-ceramah dipentas dan dimajlis-majlis sambutan juga lain-lain upacara, mereka akan bercakap tentang Islam dan tidak pernah ketinggalan walaupun dengan sepotong ucapan salam. Dalam keadaan sedar atau tidak ada juga yang berani memperkatakan tentang keburukan saudara-saudara seagama walaupun lidahnya seringkali menyebut kalimah-kalimah Allah masih juga menghina-hina sebahagian yang lain semata-mata untuk menegakkan diri demi mempertahankan kedudukan. Kadangkala seorang Islam itu tidak pernah terlintas bahawa dalam dirinya terselit sifat kemunafikan.

Kebinasaan rakyat itu adalah akibat dari kerosakan pemerintah dan kerosakan pemerintah itu akibat dari kerosakan para Ulama yang jahat (Imam Ghazaly dari Al-Ihya)
Sabda Rasulullah yang berarti: "Sejahat-jahat Ulama, ialah yang mencampuri urusan
Pemerintahan" (HR. Ibnu Majah dari Abu Hurairah)
Hadith diatas tidak berdiri dengan sendiri dan memerlukan penjelasan seperti Hadith dibawah ini:
"Akan datang dikemudian hari nanti selepasku, bebarapa Pemerintah yang sering berdusta dan membuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan menolong (membantu) diatas tindakan mereka itu, ia bukanlah termasuk dari kalangan umatku dan bukanlah aku dari gulungannya serta mereka tidak samasekali sampai ke telaga (yang mengalir air dari Syurga" (HR. An-Nasai, At-Turmuzi dari Ka'ab bin U'jrah)
"Ulama itu pemegang amanah para Rasul, selama ia tidak mencampuri urusan para penguasa dan tidak pula memasuki keduniaan. Maka apabila mereka (para Ulama) telah mencampuri kekuasaan penguasa dan memasuki urusan keduniaan, maka sesungguhnya mereka itu telah mengkhianati para Rasul, maka hendaklah kamu semua takut (waspada) untuk mendekati mereka" (H.R. Baihaqi, dan Al'Uqaily dari Anasai r.a.)
Diantara Ulama terdapat juga Ulama yang memberi jawapan dan fatwa kepada masyarakat dengan keliru. Apa yang sebenarnya "haram" dikatakan "halal" dan sebaliknya. Kenapa boleh jadi begini? Tidak lain kerana ingin "mempertahankan kedudukan" jika berjawatan tinggi, kerana menjadi "Dukun" dan kerana mencari "Pengaruh". Mungkin juga fatwa atau hasil yang diperolehinya dari sumber "Taqlid" nya dari seseorang yang tidak benar.
Terdapat banyak juga Amal Ibadah yang menyimpang dari Kitab Allah dan Sunnah Rasul dari hasil "Taqlid" dari seseorang telah dijadikan atau dicampur-aduk ke dalam Ibadah yang lima (Rukun Islam)
" Mereka menjadikan orang-orang 'alimnya dan pendeta-pendeta mereka sebagai Tuhan-tuhan selain Allah" (At-Taubah 31)

Terdapat juga para Ulama yang berbangga dengan dirinya dan merasakan dia sahaja yang betul (Sifat Fanatisma), langsung tidak mahu menerima pendapat orang lain atau pendapat Ulama-ulama lain.
"Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami telah menganutinya dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak mereka" (Az-Zukhruf 23)
"Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami telah menganutinya dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak mereka" (Az-Zukhruf 23)
Diantara Ulama itu ada penyebar fitnah. Bagaimanakah boleh jadi begini? Sabda Rasulullah s.a.w. "Akan tetapi bagi manusia disuatu masa nanti dimana Islam tidak tinggal kecuali pada namanya sahaja dan tidak ada yang tinggal daripada kitab Al-Quran kecuali pada huruf dan tulisannya sahaja. Masjid-masjid dibangun dengan megah tetapi sunyi dari petunjuk. Ulama mereka adalah manusia yang paling jahat dari antara yang ada dibawah langit, dan mereka (para Ulama) muncul dengan bermacam-macam fitnah dan kembali kedalam kumpulan mereka" (HR. Imam Al-Baihaqi)
Dikalangan Ulama terdapat juga Ulama Pengampu. Ulama yang berusaha mendekati dirinya dengan orang lain. Biasanya dengan pemimpin-pemimpin negara, orang-orang atasan, penguasa, pemimpin-pemimpin sesuatu jama'ah, ketua-ketua jabatan, majikan-majikan dan lain-lain pimpinan atasan.
"Kecelakaan adalah bagi ummatku dari kalangan Ulama yang jahat, mereka memperdagangkan ilmu ini, mereka sama menjualnya kepada para Penguasa dimana mereka dengan maksud untuk keuntungan diri mereka sendiri. Semoga Allah tidak memberi keuntungan pada perdagangan mereka itu" (HR. Hakim dalam Tarikhnya dari Anas r.a.)

Ulama yang rosak Moralnya: Tidak akan ketinggalan juga Ulama yang sebigini yang berani mencuri dan menipu dalam keadaan senyap-senyap. Walaupun berniat baik tetapi ia merupakan harta awam, walaupun muslihat tetapi ia merupa tipuan. "Bahawasanya seorang bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w. "Ya Rasulullah, siapakan sejahat-jahat manusia?" Maka Rasulullah s.a.w. menjawab "Ya Allah! ampunilah dosa-dosa kami, sejahat-jahat manusia itu ialah Ulama, apabila mereka itu telah rosak akhlaknya" (HR. Ibnu Baththah Al-Akburi dan Ibnu Abdil Barr).
Dari Amer bin 'Auf r.a. berkata "Saya pernah mendengan Rasulullah s.a.w. bersabda. "Sesungguhnya yang saya takuti atas umatku adalah dari tiga perkara. Tergelincirnya orang alim (Ulama) dan dari hawa nafsu yang dituruti, dan dari hukum yang zalim" (HR. Al-Bazaar)

Maka hilanglah budipekerti yang luhur. Hilanglah Al-Quran dan Hadith dalam diri mereka. Tiada lagi pusaka dan contoh sebagai Pewaris Nabi.
------------> Pendapat terbaik disaring dari Al-Quran dan Hadith-hadith sohih bersentuhan lelaki perempuan mengenai pembatalan Wuduk ----------->